Thursday, April 30, 2026

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI HUB ROBOTIK “UniKL ROBOTICS AND INDUSTRIAL AUTOMATION CENTER (URIAC)

 











1. Nama aktiviti:  PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI HUB ROBOTIK “UniKL ROBOTICS AND INDUSTRIAL AUTOMATION CENTER (URIAC)


2. Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)


3. Tempat: Jabatan Robotik, UniKL MFI 


4. Penglibatan:  30 orang pelajar semester 4 DKS dan 4 orang sensei.


5. Sinopsis:


Pihak UniKL Robotics & Industrial Automation Center (URIAC) telah menjemput para pelajar dari TVETMARA – MARA Japan Industrial Institute (MJII) untuk menghadiri program lawatan sambil belajar di Hub Robotik UniKL MFI, Bangi.


Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan teknologi robotik terkini kepada para pelajar seperti Humanoid Robot dan ROS-based Autonomous Mobile Robot. 


Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan program yang ditawarkan di UniKL MFI, serta pemindahan kredit dari diploma TVETMARA - MARA Japan Industrial Institute (MJII) ke ijazah UniKL.

by Norizam Sensei

LAWATAN INDUSTRI DAN KAJIAN LAPANGAN KE ASSOCIATED PAN MALAYSIA CEMENT SDN BHD

 










Nama Program: LAWATAN INDUSTRI DAN KAJIAN LAPANGAN KE ASSOCIATED PAN MALAYSIA CEMENT SDN BHD

Tarikh : 30 April 2026

Tempat: Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd


Sinopsis:

Program lawatan industri dan kajian lapangan ke Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 30 April 2026 bermula jam 11.00 pagi hingga 3.30 petang. Seramai 4 orang pelajar semester 5 dan 6 orang pelajar semester 4 bersama 3 orang pensyarah daripada Jabatan Kawalan dan Pengukuran  Elektronik telah terlibat dalam program ini.


Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi sebenar kawalan dan instrumentasi dalam industri serta melengkapkan keperluan Field Study bagi pelajar Semester 5 sebagai sebahagian daripada penilaian kursus bagi Kursus Industrial Process Instrumentation.


Sepanjang lawatan, pelajar telah didedahkan kepada proses pengeluaran produk utama seperti simen dan konkrit, control room yang mengawal keseluruhan plant, proses kawalan kualiti, serta amalan keselamatan industri. Pelajar juga berpeluang melihat penggunaan sistem automasi dalam operasi pengeluaran sebenar.


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd atas kesudian menerima kunjungan serta perkongsian ilmu dan pengalaman bersama pelajar dan pensyarah.

by sensei Syaaban

EDUDIGITAL PROGRAM 2026 SIRI 1: SHARING SESSION LEVEL UP YOUR REFLECTION USING FILLOUT

 






1. Nama Program : EDUDIGITAL PROGRAM 2026 SIRI 1: SHARING SESSION LEVEL UP YOUR REFLECTION USING FILLOUT

2. Tarikh : Jumaat 24 April 2026

3. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara, MJII

4. Sinopsis/keterangan: 

Sesi perkongsian berkaitan FILLOUT ini adalah siri perkongsian pertama daripada 8 perkongsian digital di bawah Program EduDigital inisiatif pendigitalan pengajian am 2026 dan telah dilaksanakan pada Jumaat 24 April 2026 sebanyak 2 sesi iaitu pada sesi dan sesi petang. Perkongsian ini dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada warga TVETMARA MJII, TVETMARA Rembau, TVETMARA Kuala Lumpur dan KPM Beranang. 


Fillout adalah satu platform digital yang digunakan untuk membina borang, soal selidik, refleksi dan mengumpul maklumbalas secara dalam talian dengan lebih interaktif dan tersusun. Ia membolehkan pengguna mereka bentuk borang yang menarik serta menggunakan ciri logik untuk memaparkan soalan berdasarkan jawapan responden. Impak daripada program ini, pensyarah dapat menguruskan data dengan lebih sistematik, tugas mendidik menjadi lebih mudah dan pantas. Ia juga dapat membantu meningkatkan interaksi pelajar dengan menawarkan platform yang lebih moden dan interaktif. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada warga pendidik IPMA khasnya.

by sensei Norilawati

International Invention, Innovation and Design Competition (i3DC) 2026

 






NAMA PROGRAM: International Invention, Innovation and Design Competition (i3DC) 2026

TARIKH : 27 April 2026

ANJURAN: Kolej Vokasional Tanah Merah, Digit360 dan UiTM Cawangan Kelantan

Penglibatan:

Siti Zaleha binti Abdul Aziz, Muhammad Shafiq bin Mohd Zaki, Siti Aisyah Nazuha binti Izham dan Muhammad Haziq bin Mohd Eusof (Tertiary – Online).


Sinopsis:

Pasukan ini telah menyertai i3DC 2026 dengan dua projek inovasi iaitu sistem pemantauan urin berasaskan IoT dan robot penyebar serbuk dolomit. 

Kedua-dua projek berjaya meraih Pingat Emas (Gold Medal). Selain itu, projek Dolomite Powder Spreader Robot turut menerima Anugerah Top 5 Terbaik. 


Pencapaian ini membuktikan keupayaan pasukan dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti dan berimpak tinggi. Tahniah diucapkan.

by sensei Dzul

Kolaborasi dalam UKM Matsuri 2026

 









1. Nama aktiviti:  Kolaborasi dalam UKM Matsuri 2026

2. Tarikh: 24 – 26 April 2026

3. Tempat: Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

4. Penglibatan:  20 orang pelajar Kelab Bahasa Jepun MJII, 5 orang Ahli Kelab Plamodeller. 10 orang pelajar tarian kipas & 3 orang pensyarah Bahasa Jepun, Unit Pengajian Am

5. Sinopsis: 

UKM Matsuri merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa dan Budaya Jepun, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINORU). Program ini berperanan memperkenalkan bahasa, seni serta budaya Jepun kepada masyarakat Malaysia melalui pelbagai aktiviti seperti pameran kebudayaan, persembahan seni dan aktiviti interaktif. Selain sebagai festival kebudayaan, program ini turut menjadi platform interaksi antara pelajar universiti, institusi pendidikan dan masyarakat umum melalui pengalaman bertemakan budaya Jepun.


Program ini telah dirasmikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Noriyuki Shikata. Dalam majlis perasmian tersebut, pelajar MJII telah mempersembahkan tarian kipas sebagai salah satu pengisian acara. Selain itu, turut diadakan persembahan lain seperti tarian oleh Kelab Bahasa Jepun Universiti Malaya serta persembahan koto oleh Plumeria Koto Ensemble.


Pada 25 dan 26 April, Kelab Bahasa Jepun MJII telah bekerjasama dalam menjayakan program ini melalui penglibatan pelajar sebagai sukarelawan dalam beberapa aktiviti seperti Anime Fun Run, Maid Café dan Gundam Booth.


Diharapkan kolaborasi MJII dalam program ini dapat membuka peluang kepada pelajar dan staf untuk berinteraksi serta menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan lain dan organisasi yang berkaitan dengan budaya Jepun.

by sensei Fazliani

Monday, April 27, 2026

Gotong-royong Madani 2026 Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Daching, Negeri Sembilan

 







NAMA PROGRAM: Gotong-royong Madani 2026 Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Daching, Negeri Sembilan

TARIKH : 25/4/2026

ANJURAN: CSR TVET MARA MJII

SINOPSIS : 

Pihak Sekolah Rendah Kampong Daching, Negeri Sembilan telah memohon bantuan tenaga kerja bagi mengecat bilik darjah.. Seramai 10 orang pelajar TVET Mara MJII telah menyertai gotong-royong ini bagi membantu pihak sekolah menjayakan program ini. Kehadiran pelajar-pelajar TVET Mara MJII memberi impak kepada sekolah dan masyarakat sekitar sebagai insan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah juga dalam bidang kemasyarakatan..

by Sensei Azrul

Friday, April 24, 2026

LAWATAN AKADEMIK & SESI PERKONGSIAN KEPAKARAN KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

 





NAMA PROGRAM: LAWATAN AKADEMIK & SESI PERKONGSIAN KEPAKARAN KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

TARIKH                 : 14 April 2026

TEMPAT                : FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KOMPUTER (FTKEK), UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)


SINOPSIS: 

Program lawatan akademik dan kajian lapangan ke FTKEK, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dilaksanakan pada 14 April 2026 bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Seramai 28 orang pelajar semester 3 hingga 5 bersama 5 orang pensyarah daripada Jabatan Sistem Terbenam telah terlibat dalam program ini.


Pelajar telah didedahkan kepada peluang melanjutkan pengajian di UTeM serta diberikan motivasi ke arah pembangunan inovasi teknologi. Sesi perkongsian kepakaran berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan aplikasi dalam industri serta kejuruteraan moden telah disampaikan oleh Ir. Gs. Ts. Dr. Nik Zarifi Hashim.


Program ini turut menyokong keperluan Field Study bagi pelajar Semester 3 dan Semester 5, di samping memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus melanjutkan pengajian serta mengembangkan idea inovasi berasaskan teknologi terkini.

by sensei Azrina

LAWATAN INDUSTRI DAN KAJIAN LAPANGAN KE KOA DENKO SDN BHD

 



Nama Program: LAWATAN INDUSTRI DAN KAJIAN LAPANGAN KE KOA DENKO SDN BHD

Tarikh : 14 April 2026

Tempat: KOA DENKO SDN BHD


Sinopsis:

Program lawatan industri dan kajian lapangan ke KOA Denko Sdn. Bhd. telah dilaksanakan pada 14 April 2026 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 28 orang pelajar semester 3 hingga 5 bersama 5 orang pensyarah daripada Jabatan Sistem Terbenam telah terlibat dalam program ini.


Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi sebenar teknologi elektronik dalam industri serta melengkapkan keperluan Field Study bagi pelajar Semester 3 dan Semester 5 sebagai sebahagian daripada penilaian kursus bagi Kursus Measurement and Instrumentation (MI) dan kursus Embedded System Communication.


Sepanjang lawatan, pelajar telah didedahkan kepada proses pengeluaran komponen elektronik seperti resistor, proses kawalan kualiti, serta amalan keselamatan industri. Pelajar juga berpeluang melihat penggunaan sistem automasi dalam operasi pengeluaran sebenar.


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak KOA Denko Sdn. Bhd. atas kesudian menerima kunjungan serta perkongsian ilmu dan pengalaman bersama pelajar dan pensyarah.

by sensei Fatma

Thursday, April 23, 2026

LAWATAN AKADEMIK KE INSTITUT KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK TENTERA DARAT (IKED)

 







LAWATAN AKADEMIK KE INSTITUT KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK TENTERA DARAT (IKED)

📍 Tempat: Kem Tentera Darat Sungai Besi

📅 Tarikh: 7 April 2026 (Selasa)


Seramai 33 orang pelajar Semester 4 bersama 4 orang pensyarah telah menyertai lawatan akademik ke Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED), Kem Tentera Darat Sungai Besi.


Kehadiran rombongan telah disambut oleh Kol Kharul Rijal bin Abd Manaf selaku Komandan, bersama-sama anggota pengajar dan pelatih yang seterusnya memberikan penghormatan dan sambutan kepada delegasi lawatan.


Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah diberikan pendedahan berkaitan peranan dan fungsi Semboyan dalam Tentera Darat Malaysia, khususnya dalam memastikan sistem komunikasi ketenteraan beroperasi dengan cekap, tersusun dan berkesan semasa pelaksanaan operasi.


Selain itu, para pelajar turut didedahkan kepada pelbagai aplikasi serta peralatan komunikasi moden dan berteknologi tinggi yang digunakan dalam perkhidmatan ketenteraan. Antara yang diperkenalkan termasuk Morse Code Communication, radio taktikal, X-band, serta beberapa jenis antena seperti helical antenna, parabolic antenna dan monopole antenna.


Menariknya, para pelajar juga berpeluang menyaksikan demonstrasi SHF Truck, iaitu sistem komunikasi yang berperanan dalam mengaktifkan rangkaian komunikasi di lapangan. Pendedahan ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang kepentingan teknologi komunikasi dalam menyokong keperluan operasi dan pertahanan negara.


Lawatan ini turut diserikan dengan kunjungan ke Muzium IKED, yang mempamerkan sejarah serta perkembangan peralatan komunikasi ketenteraan dari tahun 1950-an hingga 1990-an. Melalui sesi ini, para pelajar dapat menelusuri evolusi teknologi komunikasi dan memahami peranannya dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara dari semasa ke semasa.


Secara keseluruhannya, lawatan akademik ini telah memberikan pengalaman yang amat bermakna dan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar, khususnya dalam memperluas pengetahuan berkaitan teknologi komunikasi serta aplikasinya dalam sektor pertahanan.


#Menimba ilmu,menelusuri teknologi,memperkasa pengetahuan #DKR #TVETMARAMJII

by sensei Azlin