Tuesday, January 27, 2026

MARA.... Majlis Peluncuran Penjenamaan TVETMARA...

 


CSR YSS... Dalam Negara.... Perak ... senpai Hidayat Soga...

 





1 - 17 September 2025...

Micro:bit Workshop for primary student at Pusat NADI Pengkalan Hulu
Program Pemeriksaan Kesihatan di bersama Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu Perak
Program Kesedaran Siber Buli di Pusat NADI Pengkalan Hulu Perak

PROGRAM KAPSUL MASA JABATAN PENGAJIAN AM

 








PROGRAM KAPSUL MASA JABATAN PENGAJIAN AM


Tarikh : 24 Januari 2026

Masa : 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari 

Tempat : Surau Riyadus Solihin

Peserta : Semua pelajar MJII ( Sem 1 hingga 5)


Program ini menerapkan elemen RISE kusus untuk membina sahsiah dan potensi pelajar secara holistik. Program ini bertujuan memupuk nilai keagamaan, integriti, kreatif, kemahiran praktikal dan semangan berpasukan dikalangan pelajar.


Terdapat 33 kumpulan pelajar mengikut jabatan masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan rekabentuk kapsul masa menggunakan bahan terbuang dan menulis wasiat diri masing-masing bagi 5 tahun akan datang.


Semua kumpulan dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan berdasarkan kreativiti pelajar. 


Pemenang bagi aktiviti ini adalah 👇

Tempat Pertama: DKR - Lori Impian

Tempat Kedua : DKM - Paradox 11

Tempat Ketiga : DKR - Vat-67

by Sensei Juliana...

Monday, January 26, 2026

SLOT PENGISIAN SARINGAN AWAL DEPRESSION, ANXIETY & STRESS SCALE (DASS)

 





SLOT PENGISIAN SARINGAN AWAL DEPRESSION, ANXIETY & STRESS SCALE (DASS)

1. Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)

2. Masa : 10.45 - 11.15 pagi

3. Anjuran: Unit Kaunseling dan Bimbingan, MJII

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII

5. Penglibatan: Semua pelajar MJII


Slot diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan status stress, kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety) pelajar bagi merancang intervensi yang boleh dilakukan kepada pelajar-pelajar.  Slot dimulakan dengan menerangkan akan objektif slot ini serta apa langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya pelajar mengalami simptom stress, kemurungan atau kebimbangan untuk segera berkongsi dengan kaunselor MJII.  Seterusnya pelajar-pelajar diberikan masa untuk mengisi DASS.  Pelajar-pelajar digalakkan untuk berjumpa kaunselor bagi mendapatkan khidmat konsultasi lanjut selepas selesai slot ini.  Pelajar-pelajar diharap cakna dan mengambil berat dalam menjaga kesihatan mental mereka dengan membuat saringan awal ini serta bertindak mendapatkan bantuan sekiranya mereka memerlukan seseorang untuk membantu mereka dalam mengatasi isu ini.

by Kaunselor Hani ... intervensi

SLOT MOTIVASI DAN BIMBINGAN AKADEMIK PELAJAR

 



SLOT MOTIVASI DAN BIMBINGAN AKADEMIK PELAJAR

1. Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)

2. Masa : 11.15 – 12.00 tengahari

3. Anjuran: Unit Kaunseling dan Bimbingan, MJII

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII

5. Penglibatan: 20 orang pelajar sem 2 hingga sem 5

6. Sinopsis:


Sesi bimbingan berkelompok telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan  Kaunseling MJII kepada seramai 20 orang pelajar yang telah dikenal pasti mempunyai prestasi akademik rendah dengan PNGK 2.5 dan ke bawah. Sesi dimulakan dengan suntikan motivasi oleh Kaunselor Puan Tg  Noorhidayati. Kemudian,  pelajar terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang masing-masing terdiri daripada 10 orang pelajar bagi memastikan pelaksanaan sesi lebih berfokus dan berkesan. Sesi bimbingan berkelompok ini dilaksanakan oleh kaunselor  Unit Kaunseling dan Bimbingan sebagai salah satu intervensi sokongan akademik kepada pelajar secara berfokus. Program ini bertujuan membantu pelajar sasaran membina semula semangat dan suntikan motivasi, hala tuju pembelajaran dan kemahiran belajar yang lebih berkesan.


Pelaksanaan sesi bimbingan berkelompok ini juga bertujuan membantu pelajar memfokuskan semula niat dan tujuan pembelajaran, memperkukuhkan azam serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan komitmen diri dalam pengajian. Selain itu, sesi ini turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan masa, penerapan kaedah pembelajaran secara study smart serta keperluan melakukan perubahan sikap dan tingkah laku ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang. Sepanjang sesi berlangsung, pelajar diberi ruang untuk membuat refleksi kendiri, berkongsi cabaran akademik yang dihadapi serta membincangkan strategi pembelajaran yang lebih berkesan dan praktikal  

Sesi bimbingan berkelompok ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar, dan pelajar yang dikenal pasti memerlukan sokongan lanjutan akan dirujuk kepada sesi kaunseling individu. 


Secara keseluruhan, pelajar menunjukkan respons yang positif sepanjang sesi bimbingan kelompok berlangsung. Pelajar didapati lebih terbuka berkongsi cabaran akademik yang dihadapi serta menunjukkan kesediaan untuk melakukan perubahan ke arah peningkatan prestasi akademik. Sesi ini juga membantu pelajar memahami kepentingan disiplin diri, pengurusan masa dan strategi belajar yang lebih berkesan. Pelajar menunjukkan penglibatan yang positif dan memberikan maklum balas yang baik terhadap pengisian sesi. Diharapkan sesi bimbingan berkelompok ini dapat membantu meningkatkan motivasi, disiplin diri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar secara keseluruhan.

by Kaunselor yati ... intervensi pelajar

Wednesday, January 14, 2026

Majlis Meraikan Pelajar, MJII Beranang sambung pelajaran di Jerman 2026

 






Isnin, 12 Februari 2026, 

Majlis Meraikan Pelajar MARA-Japan Industrial Institute, MJII Beranang yang akan berangkat ke University of Applied Sciences Schmalkalden, Jerman untuk menyambung pelajaran mereka. 


Pelajar tersebut ialah senpai AHMAD AFNAN HUSAINI BIN AYOB dan MUHD NUR HARITH BIN ABD AZIZ.

Keberangkatan mereka diraikan oleh Pengarah MJII, Tuan Haji Rusli bin Abd Rahman, pensyarah - pensyarah MJII iaitu sensei Ja'aris dan sensei Mohd Radzi bersama pelajar-pelajar DKS MJII.


Sebelum mereka berangkat, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah berkesempatan memberikan amanat dan motivasi kepada rombongan seramai 31 orang pelajar ini.


Semoga perjalanan mereka mencari ilmu ini diberkati dan seterusnya membakar semangat kepada kohai-kohai di MJII untuk mengikut jejak lanngkah mereka.

by Kj DKS

Monday, January 12, 2026

DKR Industrial Talk 2026

 








DKR Industrial Talk 2026


1. Pengenalan

DKR Industrial Talk 2026 telah dianjurkan oleh Jabatan Data Transmission & Network sebagai inisiatif pendedahan industri kepada pelajar, khususnya berkaitan realiti kerjaya dan keperluan kompetensi dalam bidang pengurusan projek dan teknologi maklumat (IT). Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami aplikasi sebenar ilmu akademik melalui perkongsian pengalaman industri oleh penceramah jemputan.

2. Maklumat Aktiviti

Tarikh: Jumaat, 9 Januari 2026

Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Tokyo Hall, Theaterrate 4

Penceramah: Muhammad Hadzwan Afiq bin Hisham

Jawatan: Project Management Executive

Tajuk Perkongsian: From Planning to Delivery: Managing Real-World IT & Infrastructure Projects

Penglibatan: 95 orang pelajar dan 7 orang pensyarah DKR


3. Pengisian & Perkongsian Penceramah


Sepanjang sesi perkongsian, penceramah telah menyampaikan input yang komprehensif merangkumi aspek pembangunan diri, perjalanan kerjaya serta pengalaman sebenar dalam menguruskan projek-projek IT dan infrastruktur.


Penceramah menekankan kepentingan keseimbangan antara pergaulan sosial dan pencapaian akademik semasa di institusi pengajian. Menurut beliau, kemahiran komunikasi, sikap profesional dan keupayaan membina jaringan industri merupakan faktor penting yang melengkapkan kecemerlangan akademik dalam membentuk graduan yang holistik.


Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi bermula sebagai graduan diploma yang tidak meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Keputusan tersebut dipengaruhi oleh tanggungjawab keluarga, termasuk pengalaman membantu menguruskan serta menjual hasil tanaman nenas milik keluarga. Pengalaman ini telah membentuk kemahiran pengurusan asas, daya tahan serta etika kerja yang tinggi.


Selain itu, penceramah berkongsi keberanian beliau menerima tawaran pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah sebagai langkah awal membina pengalaman industri. Melalui komitmen dan prestasi kerja yang konsisten, beliau seterusnya berani memohon jawatan pengurusan walaupun hanya berkelulusan diploma, sekali gus membuktikan bahawa pengalaman, kemahiran dan sikap profesional memainkan peranan besar dalam kemajuan kerjaya.


4. Pengalaman Pengurusan Projek IT

Berdasarkan pengalaman industri, penceramah telah terlibat secara langsung dalam pengurusan pelbagai projek IT dan infrastruktur merangkumi sektor kerajaan, institusi kewangan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Antara skop pengalaman yang dikongsikan termasuk pengurusan projek pusat data, pelaksanaan pelan pemulihan bencana (Disaster Recovery Center), sistem sandaran data, portal kolaborasi serta sokongan dan penambahbaikan aplikasi.


Beliau berkongsi pengalaman menguruskan projek secara menyeluruh daripada fasa permulaan, perancangan, pelaksanaan, pemantauan sehingga penutupan projek, termasuk pengurusan risiko, pematuhan skop kerja, Service Level Agreement (SLA) dan penyediaan dokumentasi projek. Penceramah turut menekankan kepentingan koordinasi berkesan dengan pasukan dalaman, vendor, prinsipal serta pihak berkepentingan bagi memastikan penghantaran projek mengikut garis masa dan keperluan pelanggan.


Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada pelajar tentang realiti pengurusan projek IT yang memerlukan gabungan kemahiran teknikal, pengurusan masa, komunikasi serta kebolehan membuat keputusan dalam situasi sebenar.


5. Perkongsian Pensijilan Profesional


Dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, penceramah turut mencadangkan beberapa pensijilan profesional dalam bidang pengurusan projek, antaranya:

a) Project Management Professional (PMP)

b) PRINCE2

c) Certified Associate in Project Management (CAPM)

Pensijilan ini disarankan sebagai nilai tambah yang dapat meningkatkan kredibiliti profesional dan peluang kerjaya dalam industri.


6. Penekanan Terhadap Latihan Industri

Penceramah turut mengingatkan pelajar agar memberi perhatian serius terhadap pemilihan tempat latihan industri dengan membuat perancangan awal dan memilih syarikat yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Penekanan diberikan kepada peluang industri dalam kawasan network bubble di Cyberjaya yang menyediakan ekosistem teknologi dan IT yang luas serta relevan dengan keperluan semasa industri.


7. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, DKR Industrial Talk 2026 telah berjaya mencapai objektif penganjuran dengan memberikan pendedahan bermakna kepada pelajar mengenai laluan kerjaya sebenar dalam bidang pengurusan projek dan IT. Perkongsian berasaskan pengalaman sebenar penceramah telah memberi inspirasi, meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan perancangan kerjaya, pembangunan kemahiran serta keberanian merebut peluang dalam dunia pekerjaan.

by sensei Nadiah

Kursus Huawei Certified ICT Associate–Datacom (HCIA-Datacom)

 










1.Nama program: Kursus Huawei Certified ICT Associate–Datacom (HCIA-Datacom)

2.Tarikh: 5-8 Januari 2026

3.Tempat: Park Inn by Radisson Putrajaya

4.Penglibatan: 6 orang pensyarah DKR

5.Sinopisis:

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal pensyarah jabatan Data Transmission & Network dalam bidang komunikasi data dan rangkaian berasaskan standard industri serta teknologi Huawei. Kursus ini telah disampaikan oleh Mr. Yaw Hong Sin (Steven Yaw) dari Trainocate Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang rangkaian dan latihan pensijilan profesional. Sepanjang kursus, penceramah telah menyampaikan kandungan secara sistematik merangkumi asas komunikasi data, model rujukan rangkaian, pengalamatan IP, konfigurasi router dan switch, VLAN, OSPF, ACL, NAT, WLAN, IPv6 serta pengenalan kepada SDN dan automasi rangkaian. Pendekatan pengajaran yang digunakan adalah berorientasikan industri. Secara keseluruhannya, pelaksanaan kursus ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif terhadap peningkatan kompetensi teknikal peserta. Kursus ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan peserta untuk menduduki peperiksaan pensijilan Huawei HCIA–Datacom serta menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi IR4.0.

by sensei Siti Hajar

Wednesday, January 7, 2026

Taklimat OBE, Dublin Accord dan SDG kepada pensyarah-pensyarah Jabatan DKS

 











Rabu, 7 Jan 2026... team DKS refresh ilmu pasal OBE, Dublin Accord dan SDG.... untuk mengukuhkan ingatan bersempena dengan audit ETAC Feb 2026 nanti.